Revolusi Oktober

Revolusi Oktober
Sebahagian daripada Revolusi Rusia dan
Revolusi 1917–1923

Istana Musim Sejuk, Petrograd
sehari selepas pemberontakan, 8 November
Tarikh7 November 1917 [O.S. 25 Oktober]
Lokasi
Keputusan

Kemenangan Bolshevik

Pihak yang terlibat
Bolshevik
Soviet Petrograd
RS Kiri
Pengawal Merah
Republik Rusia
Komandan dan pemimpin
Vladimir Lenin
Leon Trotsky
Nikolai Podvoisky
Vladimir Ovseyenko
Pavel Dybenko
Rusia Alexander Kerensky
Rusia Pyotr Krasnov
Kekuatan
10,000 Pelayar Merah, 20,000–30,000 askar Pengawal Merah, jumlah pekerja yang tidak diketahui 500–1,000 askar sukarela, 1,000 askar batalion wanita
Kerugian dan korban
Beberapa askar Pengawal Merah cedera[1] Semua dipenjarakan atau melarikan diri

Revolusi Oktober (Rusia: Октябрьская революция, Oktyabr'skaya revolyuciya), juga dikenali sebagai Revolusi Soviet atau Revolusi Bolshevik, merujuk kepada satu revolusi - sebahagian daripada Revolusi Rusia 1917 - yang bermula dengan pemberontakan bersenjata di Petrograd (juga dianggap sebagai rampasan kuasa oleh pekerja dan askar biasa) yang secara tradisinya bertarikh pada 25 Oktober 1917 mengikut takwim Julius atau 7 November 1917 mengikut takwim Gregorius.

Pengawal Merah di kilang Vulkan pada tahun 1917.

Revolusi ini dipimpin oleh golongan Bolshevik, yang menggunakan pengaruh mereka di Soviet Petrograd untuk mengumpulkan pasukan bersenjata. Tentera Merah Bolshevik di bawah Jawatankuasa Revolusi Ketenteraan mula mengambil alih bangunan kerajaan pada 24 Oktober; bagaimanapun 25 Oktober (kalendar Julius) merupakan tarikh Istana Musim Sejuk (tempat kerajaan tempatan Petrograd, pada masa itu ibu negara Rusia) ditawan.

  1. ^ "Russian Revolution". history.com. 2009-11-09.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search